Assalammualaikum
jom join Wedding Anniversary Contest
detail KLIK SINI
nak tag - sall, nana dan mama najla
contest tamat pada 28 Mac 2011
****************************
KISAH YG TAK MUNGKIN AKU
LUPAKAN WAKTU MAJLIS PERKAHWINAN AKU..
Kisah permulaan cinta aku dan encek suami amat mudah, dari aku benci dan benci kepada
encik ady, akhirnya itulah jodoh yg di cari selama ini, kuasa Allah swt..
dan aku amat-amat bersyukur dgn apa yg telah diberi olehNYA..
TAPI
Aku amat tidak dapat melupakan kisah ini pada hari kebahagian kami
siapa sangka, org yg pernah hadir dlm hidupku dulu, dan pernah singgah di hati ini
muncul tatkala aku sedang bergembira, kaget aku seketika, mana taknya..dia berdiri
didepan pelamin indahku waktu aku di renjis dengan air mawar..
AKU SANGKA
dia telah pergi mengadap ilahi, selepas penggilan telefon ku di jawab oleh ibunya..
ibunya mengatakan bahawa dia telah pergi selamanya sewaktu bertugas di luar negara..
3 tahun, aku menderita sebelum hati ini diketuk oleh encek Ady, itupun berkat kesabarannya
aku akhirnya menjadi milliknya..
SEDIH
Hampir pitam aku dibuatnya, kulihat dia menyapu airmata yg mengalir di pipinya,
Ya Allah! dugaan apakah yg kau berikan padaku? aku hampir bangun dari pelamin
untuk pergi kearahnya.. Ya! Allah..Ya! Allah..hanya itu yg mampu aku ucapkan ketika itu..
MANGSA KEADAAN
Teman yg menjadi pengapitku cuba mententeramkan emosi, ku kerahkan juga senyuman utk
para hadirin yg menghadiri majlis kami, Ya! Allah..aku pandang kpd Encik Suami disebelah..
bila aku melihat wajahnya yg tersenyum gembira, aku Pasrah..kerna aku tahu
CINTA antara aku dan dia, itulah yg aku dambakan sebenarnya..
selepas tamat majlis persandingan kami, aku ceritakan segalanya kepada suamiku
Aku tunjukkan jua hadiah yg diberikan bersama sekeping Kad yg
amat menguris hatiku...tetapi aku tahu
Kuasa Allah swt, qada dan qadar
Aku terima seadannya..kerna aku bukan manusia sempurna
BUAT DIA...
aku bukan manusia istimewa
aku jua hanya insan biasa
cinta kita hanya dibibir saja
kerna hati ini tetap miliknya
aku tahu kau sedih dan kecewa
kerna airmata itu adalah buktinya
dan aku mahu kau tahu bahawa
cintaku memang hanya untuknya
maafkan segala kisah dan cerita
itu sudah ketentuan dariNYA
jgn bersedih dgn dugaanNYA
kerna kita bukan manusia yg sempurna
BUAT SUAMIKU...
NURKILAN
1 ulasan:
Salam kenal...
Sedeynye story nie..... huhuhu...
Ape2pun, sebaik2 perancangan, for sure, HE is the best planner.. (**)
Catat Ulasan