Kawan2

Klik sini tau

Jumaat, 30 Julai 2010

CONTEST: MISS ZAHIDAH HOLIDAY



*********************************
Salam

Jom join contest dari Miss Zahidah
Syarat2 penyertaan ada di Sini
.
.
Jawap soalan2 berikut

Soalan:

1. Miss Zahidah berasal dari: __________________________.

2. Negeri yang pernah dilawati oleh Miss Zahidah ialah:
a)________________
b)________________
c)________________
d)________________
e)________________
f)_________________

3. Negara yang pernah dilawati oleh Miss Zahidah ialah ____________________.


Jawab tiga soalan yang diberikan (Jawapan dijadikan isi entry)

****************************************

Jawapan dari Aisha


Dari Jauh ku pandang - pandang
Orangnya manis berbaju bunga
Siapakah gerangan tuan punya badan
Rupanya Miss Zahidah yang segak bergaya

Ingatkan hensem si muka biawak
Mengorat miss Zahidah di tugu negara
Miss Zahidah Asalnya orang sarawak
Kalau nak kenal bagilah mutiara



*************************************************

Ditiup angin daun kelapa
jatuh daunnya menimpa mata
sudah di kata miss zahidah kesana
Wilayah Persekutuan Labuan adalah yg pertama

Pergi ke gerai memakan ikan
makan bersama si rumpai laut
seronok singgah berjalan jalan
itulah Sabah yang aman sentosa

bukit cerakah habis pokoknya
dijual oleh manusia durjana
negeri selangor negeri ketiga
menuntut ilmu tak kira di mana

Puteri gunung pergi bersiram
bersiram dengan si dayang - dayang
singgah ke johor mencari beriani gam
tapi sayang tak nampak bayang

Naik beca si roda tiga
pusing - pusing nak cari buah
negeri melaka sejarah tercipta
Jebat mati di tangan hang tuah

Nasi kandar sedap dimakan
makan bersama si anak mami
penang nama telah di beri
aman makmur serata negeri

**************************************************************

Pergi berjalan naik keretapi
sampai tertidur tak sedar diri
melawat indonesia dan pantai bali
ada rezeki ku datang lagi



***************************************************************************

kepada miss zahidah, harap jawapan di atas diterima

kepada yg nak join contest sila ke sini

tamat penyertaan pada 31/7/2010




1 ulasan:

AishaAminudin berkata...

thanks sebab pilih akak jadi pemenang utama, seronok sgt2.. thanks tuk smua pemenang yg lain

Geng Contest adyshariz

My Friend Adyshariz